Friday, February 13, 2009

Fatwa Mufti Perak Datuk Harussani tentang Valentine`s Day


Fatwa Mufti Perak Datuk Harussani tentang Valentine`s DayKUALA LUMPUR 11 Feb. - Umat Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jika caramelakukannya mirip dengan agama asal perayaan itu, Kristian. Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepadamereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa: ``Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka iaturut termasuk bersama golongan tersebut.'' Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebihbercanggah dengan ajaran Islam terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usahauntuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarahpurba Rom. ``Kita umat Islam tidak perlukan budaya atau amalan seperti ini yang jelasbertentangan dengan agama kita. Lagipun ajaran Islam sudah lengkap, sempurna dandiyakini,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau mengulas sikap umat Islam di negara ini khususnya muda-mudi yang masihcenderung untuk meraikan Hari Memperingati Kekasih setiap kali muncul 14Februari biarpun telah banyak penerangan disampaikan oleh para ulama. Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yangberagama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukumbunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II. Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secararahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwinatau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera. Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai menghantar kad ucapanValentine kepada buah hati mereka, teman karib dan orang-orang yang merekasayangi sebagai simbolik dalam menyatakan cinta terhadap mereka. Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis menganggap 14 Februarisebagai `hari burung-burung mencari pasangan mereka.' Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut denganmengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut. Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari Valentine' sesama pasanganmereka. Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingatiperistiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulisFrom Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawalpenjara. Harussani turut menyeru umat Islam agar tidak sesekali meniru budaya asing danternyata bercanggah itu apatah lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembahkemaksiatan. ``Mengapa kita perlu mengamalkannya sedangkan Islam menggalakkan umatnyakasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan padahari-hari tertentu atau berkala. ``Bahkan jika kita tidak bertegur sapa dengan saudara se-Islam selama tiga hariberturut-turut, hukumnya sudahpun jatuh haram. Jadi amalan atau budaya Islamsendiri sudah terbukti jauh lebih baik,'' kata beliau. Menurut Harussani, Islam turut menggalakkan umatnya mengasihi sesama merekasecara ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dengan tumpang bersyukurjika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka. ``Berkasih sayang bagi Islam juga tidak terhad kepada golongan tertentusebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa,suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia,''

No comments: