![]() |
IMEJ yang dirakamkan oleh Institut Sains Carnegie menunjukkan beberapa tompok gas besar yang menjadi petunjuk wujudnya galaksi-galaksi yang digelar Himiko di cakerawala, yang terhasil akibat letupan gas kira-kira 13.7 bilion tahun lalu. - AFP |
Data yang digunakan untuk mengenal pasti tompok mega itu diperolehi daripada penggunaan teleskop khas.
Saintis berkata, objek yang diberi nama Himiko sempena nama permaisuri legenda Jepun itu wujud ketika alam ini baru berusia 800 juta tahun.
Mengikut teori sains, alam ini wujud daripada 'Letupan Besar' (Big Bang) kira-kira 13.7 bilion tahun yang lalu.
Himiko, merupakan bola gas yang menjangkau seluas 55,000 tahun cahaya, satu rekod bagi era tersebut. Ia terlalu panjang sama ukurun dengan radius Bima Sakti.
Namun, ahli astronomi masih kabur dengan keadaan semulajadi Himiko, sekalipun menggunakan data ribut salji daripada teleskop terbaik di dunia.
Imej Himiko, cakerawala paling jauh pernah ditemui oleh saintis itu sangat kabur menyebabkan saintis tidak boleh menganggarkan bentuk fizikalnya.
Saintis percaya Himiko mungkin terbentuk akibat pelanggaran dua galaksi muda berikutan tiupan ribut mega yang terhasil daripada pembentukan besar-besaran bintang-bintang atau mungkin berikutan pembentukan galaksi gergasi yang mengandungi kira-kira 40 bilion matahari.
"Saya amat teruja dengan penemuan ini.
''Saya tidak pernah menjangka objek sebesar ini boleh wujud di peringkat awal sejarah pembentukan alam semesta," kata Masami Ouchi dari Institut Sains Carnegie. sebuah pusat penyelidikan swasta Jepun, yang mengumpulkan penyelidik-penyelidik dari Jepun, Britain dan Amerika Syarikat. - AFP
No comments:
Post a Comment